Posts

Sifat Mazmumah yang Sepuluh Wajib fardu ain ke atas mukallaf mengetahui 10 Sifat Mahmudah/terpuji dan 10 Sifat  Mazmumah/dicela Sifat Mazmumah 1. Syarrut ta‘am (banyak makan)  Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lalai daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan yang membazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaik...
Sifat Mahmudah yang Sepuluh Wajib fardu ain ke atas mukallaf mengetahui 10 Sifat Mahmudah/terpuji dan 10 Sifat  Mazmumah/dicela Sifat Mahmudah 1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan. Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul. Wajib atas setiap mukallaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh: Anggota, seperti tangan, kaki, dan lainnya. Pendengaran. Pengelihatan. Hati. Lidah. Apabila seorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama wajib lah atasnya bertaubat. Syarat / rukun taubat ialah Meninggalkan pekara yang menyebabkan berdosa. Menyesal di atas perbuatan yang menyebabkan berdosa. Bercita-cita tidak akan mengulangi perbuatan itu Memulangkan hak orang lain yang diambil secara zalimi Mengqada fardhu-fardhu yang telah ditinggalkan, seperti sembahyang, puasa, haji,...
Rahsia Zikir    Dalam sebuah firmanNya Allah mengingatkan dan menjelaskan, sesungguhnya orang yang berzikir itu mendapat keuntungan. Allah tidak sengaja memberi penjelasan itu apa lagi bertujuan untuk menipu kerana Dia terpelihara dari sifat-sifat keji begitu. JanjiNya adalah tepat dan benar. Sudah tentu orang yang mengingatiNya (berzikir) itu akan mendapat keuntungan dan pahala yang besar, baik di akhirat ataupun di dunia ini.  FirmanNya……. “Sesungguhnya (wajib) beruntung bagi mereka yang membersihkan (hati) dan (dengan) berzikir menyebut nama Tuhannya (serta) mendirikan Solat.” Al-A’laa 14-15  Bila mengingatkan kepada peringatan itu sudah tentu kita mahu mengetahui apakah keuntungan yang dijanjikan itu. Menjadi fitrah manusia ia mengharapkan penjelasan terhadap sesuatu yang dijanjikan itu serta mahu huraian yang memuaskan sebelum ia cenderung untuk menerimanya. Seperti perihal zikir ini semua manusia mahu mengetahui kedudukan yang sebenarnya. Apakah yang dika...

Tips for Good Mud Engineer

Suggested Rig Supplies for Mud Engineers 1. Tape measure for pit volume calculations – 25’ – 8 meter minimum. 2. Crescent (adjustable) wrenches – 6” and 10” – 12” a good idea too 3. 8” or 10” pipe wrench for mud checking equipment repair. 4. Allen (hex) wrenches 5. Hammer 6. Pliers – regular and needle nose 7. Screw drivers – Phillips and flat head 8. Electrical tape 9. Duct tape 10. Vise grips The following are suggested for extra mud checking equipment but should be cleared by manager in advance. 1. Two sets of o-rings for API fluid loss 2. 5-10 extra small and 2-3 extra large o-rings for HTHP – double this amount if you are using invert mud 3. 1 extra set of glassware, i.e., pipettes, beakers, and graduated cylinders. If you have a 10 cc retort, have at least 3 each 10 cc graduated cylinders as you will use two for most mud checks – one for the API fluid loss and one for the retort. 4. One extra bottle of each titrating chemical 5. Two 3 cc or 5 cc syringes 6. Repair kits for API a...
5 TANDA HATI BATU Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut: 1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang berma...