Sifat Mahmudah yang Sepuluh
Wajib fardu ain ke atas mukallaf mengetahui 10 Sifat Mahmudah/terpuji dan 10 Sifat Mazmumah/dicela
Sifat Mahmudah
1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan.
Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul. Wajib atas setiap mukallaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh:

- Anggota, seperti tangan, kaki, dan lainnya.
- Pendengaran.
- Pengelihatan.
- Hati.
- Lidah.
- Meninggalkan pekara yang menyebabkan berdosa.
- Menyesal di atas perbuatan yang menyebabkan berdosa.
- Bercita-cita tidak akan mengulangi perbuatan itu
- Memulangkan hak orang lain yang diambil secara zalimi
- Mengqada fardhu-fardhu yang telah ditinggalkan, seperti sembahyang, puasa, haji, dan lainnya.
2. Khauf yakni takutkan Allah Ta’ala.
Sifat ini apabila ada pada seorang hamba itu dia akan merasa gementar dan kecut hati apabila mengigatkan kekuasan Allah Ta’ala dan kebesaranNya serta takutkan kemurkaanNya dengan itu, hamba itu tidakkan melakukan maksiat dan dia akan mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala. Untuk mendapatkan rasa takut hendaklah seorang itu:

- Mengenali Allah Ta’ala yang menciptanya kerana tidak akan merasa takut jika hamba itu tidak mengenal tuhannya. Cara mengenal Allah dengan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan dan sifat-ketuhanan bagiNya.
- Mengetahui sekelian pekara yang disuruh oleh agama dan segala pekara yang dilarang. Dengan mengenal Allah Ta’ala dan mengetahui perintah agama sama ada perintah itu suruh atau larang maka akan dapatlah seorang itu merasai takut kepada Allah Ta’ala.
3. Zuhud yaitu meninggalkan akan benda keduniaan melainkan mengambil sekadar keperluan. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan barang yang lain daripada Allah Ta’ala. Dimaksud dengan dunia di sini ialah tiap-tiap barang yang tidak dituntut oleh syarak dan tidak menjadi kebajikan diakhirat. Tiap-tiap seorang memerlukan makanan, tempat tingal, pakaian, untuk menyempurnakan ibadat di dalam dunia ini maka pekara tidak dicela, dan tidak menghilangkan sifat zuhud. Maka zuhud itu mengambil dan mencari pekara yang tersebut itu qadar yang membolehkannya berbuat ibadat kepada Allah Ta’ala dan ini zuhud orang awam. Zuhud orang yang khawas meninggalkan barang yang selain Allah Ta’ala.
4. Sabar, yaitu menahan diri daripada keluh kesah pada suatu yang tidak diingini/disukai.
Sifat sabar dipuju oleh syarak kerana orang yang bersifat dengan sabar ialah tanda orang yang beriman dengan iman yang sempurna dan tanda dia taat dan menjunjung perintah Allah. Orang yang beriman tahu bahawa segala perkara yang berlaku denga kehendak Allah Ta’ala yang tidak dpat dielakkan. Begitu juga orang yang taat tidak akan merasa kesukaran mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala sama ada perintah itu berupa suruhan dan tegahan.

Sabar ada tiga bahagian:
- Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu-ngadu kepada yang lain daripada Allah Ta’ala ketika mengenai bala, musibah, bencana.
- Bersabar pada mengerjakan sekelian perintah Allah Ta’ala.
- Bersabar pada meningalkansekilian tegahan Allah Ta’ala.
5. Syukur iaitu mengaku dan memuji pada nikmat yang diberi dan mengunakan sekelian nikmat itu pada menta’ati Allah Ta’ala. Tiap-tiap nikmat yang diberi oleh Allah Ta’ala ialah limpah kurnianNya semata-mata. Seperti nikmat dilahirkan kita di dunia, nikmat iman, sihat, diberi rezeki, kepandaian dan sebagainya. Dengan itu wajib tiap-tiap seorang hamba itu bersukur dan berterima kasih kepada Tuhannya dengan sebab nikmat yang diberi.
6. Ikhlas iaitu menjunjung perintah Allah Ta’ala dan melaksanakannya semata mata kerana Allah Ta'ala, sama ada perintah Allah Ta’ala itu suruhan dan tegahan. Seorang itu hendaklah membersihkan niatnya pada setiap pekerjan yang dilakukan hanya kerana menjunjung perintah Allah Ta’ala. Hendaklah seseorang itu membersihkan niat daripada sebab yang lain seperti riak/menunjuk-nunjuk, hubus suhrah/inginkan kemasyhuran, dan sebagainya. Hendaklah semasa meninggalkan maksiat diniatkan semata kerana menjunjung perintah Allah Ta’ala bukan kerana malu kepada orang lain.
7. Tawakal iaitu bergantung hati dengan Allah Ta’ala dan berserah kepada Allah Ta’ala pada tiap-tiap keadaan serta jazam/putus pada i’ktikd bahawa Allah Ta’ala yang memerintah tiap-tiap suatu. Menurut mazhab ahli sunnah, bergantung dengan Allah Ta’ala pada tiap-tiap suatu hal itu hendaklah disertakan dengan usaha dan ikhtiar, kerana Allah Ta’ala menjadikan suatu mengikut sebabnya, seperti dijadikan pandai sebab belajar, dijadikan kaya sebab berusha dan berjimat cermat.
8. Mahabah iaitu kasihkan Allah Ta’ala pada tiap-masa dan keadaan. Tidak dinamakan seorang itu kasihkan Allah Ta’ala melainkan orang yang bersegera mengerjakan segala perintah Allah Ta’ala, dan berusaha mendampingi diri kepada Allah Ta’ala dengan ibadat yang sunat dan bersunguh-sunguh menjauhi daripada maksiat, kerana tabiat seorang yang kasih akan seorang yang lain itu akan mencari keredhannya dan mengelakkan diri dari melakukan pekara yang membawa kepada kemarahannya.
9. Redha iaitu menerima dan tenang hati pada segala perkara yang didatangkan oleh Allah Ta’ala. Seorang itu hendaklah menerima dengan tenang pada sekalian pekara yang berlaku yang tidak dapat dielakkan, kerana tiap-tiap qadha dan ketetapan Allah Ta’ala itu tetap akan berlaku. Tetapi tidak harus redha perkara maksiat dan wajib bersegera keluar daripada maksiat dengan bertaubat yang mengikut syaratnya.
10. Zikrul maut/ingatkan mati iaitu sentiasa ingat bahawa kita akan mati dan mati itu tidak diketahui bila akan berlaku. Oleh kerana kita akan mati maka hendaklah kita membuat persedian menghadapinya, dengan berbagai amalan kebajikan dan hendaklah kita penuhkan setiap saat daripada umur kita dengan pekara yang berfaedah bagi akhirat kita, kerana masa yang telah berlalu tidak akan kembali lagi.
Selesai sudah sepuluh Sifat Mahmudah. Selepas ini kita akan masuk pada membicarakan Sifat Mazmumah
Comments
Post a Comment