Posts

Showing posts from 2018
Sifat Mazmumah yang Sepuluh Wajib fardu ain ke atas mukallaf mengetahui 10 Sifat Mahmudah/terpuji dan 10 Sifat  Mazmumah/dicela Sifat Mazmumah 1. Syarrut ta‘am (banyak makan)  Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum. Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah. Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lalai daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan yang membazir. 2. Syarrul kalam (banyak bercakap) Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap. Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu. 3. Ghadhab (pemarah) Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaik...
Sifat Mahmudah yang Sepuluh Wajib fardu ain ke atas mukallaf mengetahui 10 Sifat Mahmudah/terpuji dan 10 Sifat  Mazmumah/dicela Sifat Mahmudah 1. Taubat yakni meningalkan maksiat dan menyesal dengan apa yang telah dilakukan. Tiap-tiap manusia tidak terlepas dari melakukan maksiat melainkan mereka yang maksum (orang yang terpelihara dari dosa) seperti nabi-nabi, malaikat dan rasul-rasul. Wajib atas setiap mukallaf bersunguh-sunguh memelihara diri daripada dosa yang dilakukan oleh: Anggota, seperti tangan, kaki, dan lainnya. Pendengaran. Pengelihatan. Hati. Lidah. Apabila seorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh agama wajib lah atasnya bertaubat. Syarat / rukun taubat ialah Meninggalkan pekara yang menyebabkan berdosa. Menyesal di atas perbuatan yang menyebabkan berdosa. Bercita-cita tidak akan mengulangi perbuatan itu Memulangkan hak orang lain yang diambil secara zalimi Mengqada fardhu-fardhu yang telah ditinggalkan, seperti sembahyang, puasa, haji,...